Wednesday, November 19, 2008

KESIANNYA BINTANG REALITI

Bintang-bintang realiti bukan semuanya beruntung dan mengecapi FAME atau kemasyuran seperti yang disangkakan. Ada yang takk berduit dan ada yang meminta belanja dari kawan-kawan. Dalam hal ini sebenarnya orang luar lebih tahu dari wartawan. Ada yang setakat propa dan cerita dicipta oleh seseorang. Setuju dengan petikan di bawah yang dipetik dari BERITA HARIAN 19.NOV yang mana beberapa bintang realiti ini menempel dimana-mana Majlis, kesian. Ini bukan pertama kali, malah ada yang kehulu-kehilir dengan pengurus untuk mencuri perhatian wartawan, kesian.

Dengarnya...: Hattan bengang promoter melampau

APABILA menyentuh pasal program realiti, Cik Normah tak nampak pun di mana kepentingannya program itu diteruskan. Sebab Cik Normah tengok yang betul-betul hidup senang lenang pun hanyalah beberapa kerat saja. Sementara yang lain ibarat hidup segan mati tak mahu. Bukan Cik Normah saja yang simpati dengan nasib budak-budak ini. Ialah nampak saja macam popular, muka menempel di majlis sana sini. Tapi, kalau ditanya berapa pendapatan mereka sebulan? Huh... sedih! Ada yang dapat bayaran setakat RM200, ada pula yang tak ada pendapatan langsung. Kalau begitu, macam manalah mereka ini nak hidup. Baru-baru ini, teman Cik Normah yang cantik dan anggun berbual-bual dengan penyanyi bermulut laser Hattan. Walaupun dia suka cakap lepas tapi hatinya baik. Bukan Cik Normah saja yang simpati pada nasib budak-budak ini tetapi kata rakan Cik Normah, Hattan pun kesian dengan nasib mereka.
Kata Hattan kepada rakan Cik Normah, dia pantang dengan promoter persembahan yang suka ambil kesempatan pada budak-budak yang tak tahu apa-apa ini. Dia bengang pada promoter yang kejam hingga tergamak nak bayar RM200 saja untuk persembahan. Walaupun mereka tidak popular sekali pun kata Hattan, promoter kenalah ada hati perut. Janganlah melampau sangat. Setakat dua ratus ringgit, isi minyak kereta pun tak lepas. Dia juga pernah didatangi promoter yang mahu ambil budak-budak ini menyanyi. Tapi disebabkan mereka tawarkan harga ciput, kena semburlah dengan Hattan. Silap oranglah mereka jumpa. Biarpun budak-budak ini tak ada kena-mengena dengan Hattan tetapi sebagai penyanyi, dia tahu betapa susahnya nak menyanyi. Lagipun mereka menjual bakat, jadi bayaran yang hendak diberi haruslah setimpal.

1 comment:

Anonymous said...

Setuju kata2 normah tu, kadang org suka tambah dan puji2 artis, padahal indah khabar dari rupa. Kami bukan bodoh la, kami berpelajaran. selalu lihat artis ke hulu-kehilir depan wartawan utk cari publisiti. Ada yg menempel ke Anugerah skrin walau bukan atas jemputan, nak cari publisiti, kesiankan!