Saturday, December 20, 2008

KALAU MEMEY BETUL,MENGAPA DIA BERSEMBUNYI?

Gayah Gebu: Terlalu berahsia, akhirnya kantoi
Rap
AKHIRNYA Abby sah bergelar janda selepas Norman menceraikannya dengan talak satu. Bercerai juga mereka akhirnya. Namun apa boleh buat, benda dah berlaku.
Gayah harap mereka mendapat kehidupan lebih baik selepas ini. Kalau masing-masing dapat pasangan baru dan berkahwin apa salahnya, asalkan mampu hidup bahagia.Bagi Gayah, kisah rumah tangga yang Gayah sifatkan paling kontroversi tahun ini sudah selesai. Cuma yang Gayah tak puas hati, perempuan bernama Memey itu masih bersembunyi.Kalau berani, keluarlah beri kenyataan panjang lebar selepas sekian lama membatu dan membisu. Kata orang berani kerana benar, takut pula kerana salah?Kalau kau benar, kenapa nak menyorok? Gayah tak nak buat tuduhan melulu, jadi nak juga Gayah dengar penjelasan kau, wahai Memey. Baru puas hati dan masyarakat boleh menilai siapa betul dan siapa ‘kaki kencing’.Lagipun, kalau kau betul-betul suka Norman dan sanggup diperisterikannya, teruskanlah kerana sekarang dia bukan lagi suami orang.Cuma, jangan salahkan orang lain jika ada yang menggelar kau pemusnah rumah tangga orang jika kau terus menyorok dan membisu seribu bahasa.Cuba jadi macam Rosnah Mat Aris. Walaupun nakal sikit sebab kahwin tetapi tak mengaku dan selepas itu hilang, lama kelamaan dia muncul juga buat pengakuan.Cuma Gayah harap dia pergi berjumpa imam yang menikahkannya dan minta maaf! Imam yang menikahkan kau dan individu yang menjadi saksi perkahwinan kau berkata benar. Mereka beritahu apa yang betul. Tiba-tiba kau tak mengaku pula.Kau kena ingat. Zaman sekarang ada segelintir manusia yang lebih percaya kata-kata artis daripada imam dan ‘orang masjid’.
Jika berlaku begitu, kau memanglah menang, tetapi kebenaran tetap tak dapat kau sorok.
Hmm... hampir terlupa pula Gayah. Kiranya kes Rosnah lebih kurang kes Rita Rudaini rupa-rupanya. Cuba kahwin senyap-senyap, tetapi akhir ‘kantoi’! Apa nak jadilah... Dunia... dunia.Opss.. Norman kalau jadi kahwin dengan Memey, janganlah cuba-cuba sembunyikan. Takut nanti ‘kantoi’, bertambah lagi orang mengata pada kau.Cukuplah! Gayah nak jumpa Esah Bulat. Baru-baru ini dia balik kampung di sebelah Utara. Katanya ada cerita sensasi pasal seorang selebriti. Gayah nak dengar dulu dan kalau ‘best’ ceritanya, Gayah akan ceritakan kepada anda. Tunggu!!!

Tuesday, December 2, 2008

BAJU JARANG DAN DADA DITUTUP BUNGA SAHAJA

Apa komen anda tentang baju Nikki ini? Walaupun bukan islam, sepatutnya Nikki dan pihak yang menguruskannya peka dengan sensiviti masyarakat kita. Gambar ini dipetik dari mediamalaya.com dan sebenarnya telah disiarkan di PancaIndera Mingguan Utusan.



Friday, November 21, 2008

PANASNYA ISU 360 TAPI ...

Rabu lepas rancangan mingguan yang mengupas isu semasa iaitu 360 bersiaran dengan isu yang sangat panas mengenai gejala Gay. Banyak laman web atau forum yang memepertikaikan pendedahan tersebut seperti mamat yang di temuramah yang kononnya Pramugara dan terlibat dalam gejala ini. Ada yang memaklumkan pada Sensasi Seni mengenai keraguan mereka tentang pramugara yang mengaku gay itu. Antaranya betulkah dia Pramugara sedangkan giginya nampak jongang. Takkan lah MAS ambil staff yang jongang sebagai pramugara?. Satu lagi kata mereka, keadaan rumahnya bersepah, sedangkan orang ramai sedia maklum yang rumah seorang gay selalunya kemas dan bersih. Di sini Sensasi Seni lampirkan bersama beberapa komen forum laman web yang mempertikaikan kebenaran interview itu. Tetapi disebalik pembongkaran panas TV3 melalui rancangan 360 itu, secara tidak langsung membongkar pula cerita mengenai personaliti mereka sendiri. Di bawah ada petikan yang di paste dari forum sebuah laman web, antaranya :-

Follow up:
aku rase TV3 dlm rancangan 360 ni buat mock up jer lebih... aku perasan pramugara tu masa diblurkan muka, gigi dia jongang... so ade ker pramugara bergigi jongang....tak habis2 dengan propa.....kenapa si mazidul tu tak buat mock up temubual dengan personaliti tv3 n reporter2 diaorg yang satu barisan dengan kiter ni kan....hahahhahterlebey sudah....

Follow up: ewan388 [msg] [block!] 20 Nov 2008, 01:25
aku rasa lepas ni plu kat tv3 tu kecut perut sbab takut kantoi.leh ke aku letak nama plu kat tv3 tu kat sini. hahahahahahahtak pe la sendiri mau ingatkenapa misti dijadikan isu kan. aku pelik la

Follow up: azizidrus [msg] [block!] 20 Nov 2008, 06:29
nape ada mamat plu yg sanggup di interview utk bukak pekung di dada?? TV3 bayar berjuta2 ke? Mazidul tu kes cerai dia pun tk settle...sibuk kes plu pulak!!

Wednesday, November 19, 2008

KESIANNYA BINTANG REALITI

Bintang-bintang realiti bukan semuanya beruntung dan mengecapi FAME atau kemasyuran seperti yang disangkakan. Ada yang takk berduit dan ada yang meminta belanja dari kawan-kawan. Dalam hal ini sebenarnya orang luar lebih tahu dari wartawan. Ada yang setakat propa dan cerita dicipta oleh seseorang. Setuju dengan petikan di bawah yang dipetik dari BERITA HARIAN 19.NOV yang mana beberapa bintang realiti ini menempel dimana-mana Majlis, kesian. Ini bukan pertama kali, malah ada yang kehulu-kehilir dengan pengurus untuk mencuri perhatian wartawan, kesian.

Dengarnya...: Hattan bengang promoter melampau

APABILA menyentuh pasal program realiti, Cik Normah tak nampak pun di mana kepentingannya program itu diteruskan. Sebab Cik Normah tengok yang betul-betul hidup senang lenang pun hanyalah beberapa kerat saja. Sementara yang lain ibarat hidup segan mati tak mahu. Bukan Cik Normah saja yang simpati dengan nasib budak-budak ini. Ialah nampak saja macam popular, muka menempel di majlis sana sini. Tapi, kalau ditanya berapa pendapatan mereka sebulan? Huh... sedih! Ada yang dapat bayaran setakat RM200, ada pula yang tak ada pendapatan langsung. Kalau begitu, macam manalah mereka ini nak hidup. Baru-baru ini, teman Cik Normah yang cantik dan anggun berbual-bual dengan penyanyi bermulut laser Hattan. Walaupun dia suka cakap lepas tapi hatinya baik. Bukan Cik Normah saja yang simpati pada nasib budak-budak ini tetapi kata rakan Cik Normah, Hattan pun kesian dengan nasib mereka.
Kata Hattan kepada rakan Cik Normah, dia pantang dengan promoter persembahan yang suka ambil kesempatan pada budak-budak yang tak tahu apa-apa ini. Dia bengang pada promoter yang kejam hingga tergamak nak bayar RM200 saja untuk persembahan. Walaupun mereka tidak popular sekali pun kata Hattan, promoter kenalah ada hati perut. Janganlah melampau sangat. Setakat dua ratus ringgit, isi minyak kereta pun tak lepas. Dia juga pernah didatangi promoter yang mahu ambil budak-budak ini menyanyi. Tapi disebabkan mereka tawarkan harga ciput, kena semburlah dengan Hattan. Silap oranglah mereka jumpa. Biarpun budak-budak ini tak ada kena-mengena dengan Hattan tetapi sebagai penyanyi, dia tahu betapa susahnya nak menyanyi. Lagipun mereka menjual bakat, jadi bayaran yang hendak diberi haruslah setimpal.

Friday, November 14, 2008

BOTOX DAN SIKAP PENIPU ARTIS YANG TERLIBAT

Botox bukanlah satu perkara baru di dalam dunia seni kita. Ada artis tua kita yang mukanya punyalah kencang, tapi leher berkedut-kedut mcm leher ayam, tapi masih tidak mengaku mengambil kaedah Botox. Sebenarnya ramai selebriti kita yang mengambil kaedah Botox ini. Namun begitu, ramai yang tidak mengaku. Sebenarnya, dari penyanyi, pelakon, malah ada sebilangan pengacara yang mengambil kaedah Botox ini. Malangnya ramai yang tidak mengaku dan bila ditanya oleh wartawan, jawapan yang klise adalah, "selalu ambil air sembahyang" atau "hati kena selalu bersih". Tapi peminat bukan bodoh, mengapa artis kita begitu bodoh nak menipu peminat? adakah mereka fikir peminat bodoh macam dia? Ialah, dah peminat hampir setiap hari mengikuti perkembangan artis, tahulah mereka perubahan-perubahan tersebut. Selain suntikan Botox untuk membuat wajah kelihatan muda, ada juga yang buat Chick Bone untuk pipi dan ada yang buat dagu. Bayangkanlah, dulu dagu pendek, tiba tiba panjang atau runcing, nak menipu lagi? Wartawan kita sepatutnya membuat pendedahan pada perkara ini, saya ada banyak gambar2 artis2 yang dari dulu hingga kini dan cuba lihat perbandingannya gambar2 mereka dulu dan sekarang. Kalau di barat, majalah People amat berani membuat pendedahan sebegini. mereka siap buat anak panah dua photo artis dulu dan terkini dan menunjukkan bahagian-bahagian yang terlibat.

Thursday, November 13, 2008

ABBY KENA BADI WATAKNYA DALAM "APA ITU CINTA"?

Jika anda berkesempatan menonton drama "APA ITU CINTA' semalam di Astro Prima 11 malam, mesti terbetik dihati anda rasa sedih bila melihat lakonan Abby Abadi yang tengah sarat mengandung sedang menangis pilu bila mengetahui suaminya ada kekasih. Drama yang diinspirasikan dari Drama bersiri popular "SEX IN THE CITY" itu menampilkan watak empat sahabat iaitu Diyana ( Sazzy Falak ), Hani ( Aleeza kassim ), Liza ( Elaine Daly ) dan Mona ( Abby Abadi ). Yang menariknya, babak Abby mengamuk semasa melihat suaminya sedang bertemu dengan kekasih hatinya di sebuah Cafe.


KISAH KAISARA PELAJAR PAKAI BULU MATA

Lucu juga bila melihat drama ini, bayangkan budak sekolah memakai bulu mata dan bermekap tebal. Nampak sangat terikut-ikut trend drama Indonesia yang menampilkan ramai pelakonnya berbulu mata palsu dan bermekap tebal walaupun kisahnya adalah kisah pelajar. Make up memang dituntut untuk menampakkan seri wajah di kaca tv atau filem, tetapi seharusnya pengarah peka, perlukah berbulu mata? kalau pun nak mekap, cukuplah make up yg tipis dan nampak natural. Teringat aku pada drama kita sebelum ini yang menampilkan Eja yang sedang sakit atau nazak, tapi siap berbulu mata dan make up cantik. Itu belum termasuk lagi adegan sembahyang beberapa drama yang menunjukkan wajah pelakon dengan solekan tebak dan berbulu mata. Alahai....pengarah kita...