Saturday, December 20, 2008

KALAU MEMEY BETUL,MENGAPA DIA BERSEMBUNYI?

Gayah Gebu: Terlalu berahsia, akhirnya kantoi
Rap
AKHIRNYA Abby sah bergelar janda selepas Norman menceraikannya dengan talak satu. Bercerai juga mereka akhirnya. Namun apa boleh buat, benda dah berlaku.
Gayah harap mereka mendapat kehidupan lebih baik selepas ini. Kalau masing-masing dapat pasangan baru dan berkahwin apa salahnya, asalkan mampu hidup bahagia.Bagi Gayah, kisah rumah tangga yang Gayah sifatkan paling kontroversi tahun ini sudah selesai. Cuma yang Gayah tak puas hati, perempuan bernama Memey itu masih bersembunyi.Kalau berani, keluarlah beri kenyataan panjang lebar selepas sekian lama membatu dan membisu. Kata orang berani kerana benar, takut pula kerana salah?Kalau kau benar, kenapa nak menyorok? Gayah tak nak buat tuduhan melulu, jadi nak juga Gayah dengar penjelasan kau, wahai Memey. Baru puas hati dan masyarakat boleh menilai siapa betul dan siapa ‘kaki kencing’.Lagipun, kalau kau betul-betul suka Norman dan sanggup diperisterikannya, teruskanlah kerana sekarang dia bukan lagi suami orang.Cuma, jangan salahkan orang lain jika ada yang menggelar kau pemusnah rumah tangga orang jika kau terus menyorok dan membisu seribu bahasa.Cuba jadi macam Rosnah Mat Aris. Walaupun nakal sikit sebab kahwin tetapi tak mengaku dan selepas itu hilang, lama kelamaan dia muncul juga buat pengakuan.Cuma Gayah harap dia pergi berjumpa imam yang menikahkannya dan minta maaf! Imam yang menikahkan kau dan individu yang menjadi saksi perkahwinan kau berkata benar. Mereka beritahu apa yang betul. Tiba-tiba kau tak mengaku pula.Kau kena ingat. Zaman sekarang ada segelintir manusia yang lebih percaya kata-kata artis daripada imam dan ‘orang masjid’.
Jika berlaku begitu, kau memanglah menang, tetapi kebenaran tetap tak dapat kau sorok.
Hmm... hampir terlupa pula Gayah. Kiranya kes Rosnah lebih kurang kes Rita Rudaini rupa-rupanya. Cuba kahwin senyap-senyap, tetapi akhir ‘kantoi’! Apa nak jadilah... Dunia... dunia.Opss.. Norman kalau jadi kahwin dengan Memey, janganlah cuba-cuba sembunyikan. Takut nanti ‘kantoi’, bertambah lagi orang mengata pada kau.Cukuplah! Gayah nak jumpa Esah Bulat. Baru-baru ini dia balik kampung di sebelah Utara. Katanya ada cerita sensasi pasal seorang selebriti. Gayah nak dengar dulu dan kalau ‘best’ ceritanya, Gayah akan ceritakan kepada anda. Tunggu!!!

Tuesday, December 2, 2008

BAJU JARANG DAN DADA DITUTUP BUNGA SAHAJA

Apa komen anda tentang baju Nikki ini? Walaupun bukan islam, sepatutnya Nikki dan pihak yang menguruskannya peka dengan sensiviti masyarakat kita. Gambar ini dipetik dari mediamalaya.com dan sebenarnya telah disiarkan di PancaIndera Mingguan Utusan.